Pengolahan yang lucu Makna hidup

Konsep "makna hidup" telah menjadi kata basi sehingga persoalan ini sering dipersendakan, seperti dalam siri radio "Panduan Pengembara ke Galaksi" ("The Hitchhiker's Guide to the Galaxy") oleh Douglas Adams, yang kemudiannya diterbitkan sebagai novel, siri televisyen, filem dan permainan komputer. Jawapannya 42.

Mengikut ceritanya, sekelompok makhluk yang amat bijak (tikus) telah membina sebuah komputer raksasa yang digelarkan "Pemikiran Mendalam" ("Deep Thought") untuk mencari jawapan tentang hidup, alam semesta dan segala-galanya. Tujuh setengah juta tahun kemudian, komputer itu memberi jawapan: "42". Selepas memberi jawapannya kepada hadirin, komputer itu menerangkan bahawa masalah jawapan itu disebabkan oleh ketiadaan sesiapa yang faham akan soalannya. Atau kemungkinan, hidup tidak mempunyai makna apa-apa selain daripada "Apa yang anda lihat, anda dapat", sebagaimana yang digambarkan oleh filem komedi, "Makna Hidup" ("The Meaning of Life"): anda dilahirkan, anda makan, anda bersekolah, anda bersetubuh, anda mempunyai anak-anak, anda menjadi tua (sekiranya tiada sesiapa yang membunuh anda dahulu), anda mati dan di Syurga, setiap hari merupakan hari Krismas. Pada akhir filem itu, Michael Palin diberikan sekeping sampul surat, membukanya dan berkata secara acuh tak acuh: "Uh, tiada apa-apa yang istimewa. Cuma cuba berbaik dengan orang, elak makanan lemak, baca sekali sekala buku yang bagus, membuat senaman jalan kaki serta cuba berhidup bersama-sama dengan semua kaum secara damai dan berharmoni."

Rufus, seekor tikus afrika botak daripada siri televisyen "Kim Possible" mendesak bahawa makna hidup ialah keju.

Tafsiran Paul Gauguin boleh diperlihatkan dari lukisannya, "Dari manakah kita datang? Apakah kita ini? Ke manakah kita akan pergi?" ("Where Do We Come From? What Are We? Where Are We Going?").